Image

Soalan Lazim

Umum
Apakah itu penutupan siaran analog (ASO)?

Penutupan siaran analog (ASO) adalah proses penutupan perkhidmatan penyiaran televisyen terestrial analog percuma.

Apakah itu peralihan digital?

“Digital” merujuk kepada kaedah penyiaran dan penerimaan saluran TV di kediaman anda. Selepas TV analog ditamatkan siarannya, semua saluran percuma kini disiarkan dalam kualiti digital sepenuhnya, juga dikenali sebagai Siaran Digital myFreeview.

Siaran Digital myFreeview

myFreeview merupakan jenama perkhidmatan TV digital percuma Malaysia yang menawarkan saluran TV dan radio popular tanpa sebarang bayaran atau yuran langganan.

Apakah itu Penyiaran Video Digital – Terestrial Generasi Kedua (DVB-T2)?

DVB-T2 bermaksud Penyiaran Video Digital – Terestrial Generasi Kedua. DVB-T2 diangkat sebagai standard industri di negara-negara utama sekitar Eropah dan Asia. Ia menawarkan kecekapan sistem, kestabilan dan fleksibiliti yang membolehkan penggunaan efisien spektrum terestrial bernilai untuk penyampaian audio, video dan perkhidmatan data kepada alat peranti tetap dan mudah alih.

Apakah itu televisyen terestrial digital (DTT)?

Televisyen terestrial digital (DTTV atau DTT) adalah teknologi penyiaran TV di mana stesen pemancar bumi (terestrial) menyiarkan kandungan menerusi gelombang radio kepada TV di rumah anda dalam format digital.

Apakah itu Direct-to-Home (DTH)?

Perkhidmatan Direct-to-Home (DTH) adalah kaedah penerimaan TV digital menggunakan signal yang dipancarkan terus oleh satelit. Sekiranya sesebuah kawasan itu tidak diliputi DTT, DTH adalah kaedah alternatif untuk menerima Siaran Digital myFreeview.

DTT
Apakah itu televisyen terestrial digital (DTT)?

Televisyen terestrial digital (DTTV atau DTT) adalah teknologi penyiaran TV di mana stesen pemancar bumi (terestrial) menyiarkan kandungan menerusi gelombang radio kepada TV di rumah anda dalam format digital.

Adakah saya dalam kawasan liputan DTT?

Sila semak senarai kawasan liputan DTT terkini menerusi di Liputan Siaran. Sekiranya kawasan anda tidak tersenarai, ini bermakna kawasan anda berada dalam liputan siaran DTH.

Bagaimana boleh saya menerima perkhidmatan DTT?

Sekiranya anda merupakan penerima Set Dekoder Percuma BSH, anda layak menerima set dekoder DTT secara percuma. Sekiranya anda TIDAK layak dan menetap di dalam kawasan liputan DTT, anda boleh membeli set dekoder atau TV digital menerusi Wakil Penjual kami.

DTH
Apakah itu Direct-to-Home (DTH)?

Perkhidmatan Direct-to-Home (DTH) adalah kaedah penerimaan TV digital menggunakan signal yang dipancarkan terus oleh satelit. Sekiranya sesebuah kawasan itu tidak diliputi DTT, DTH adalah kaedah alternatif untuk menerima Siaran Digital myFreeview.

Bolehkah saya menggunakan DTH dan berbanding DTT?

DTH hanya boleh digunakan di kawasan yang tidak diliputi siaran DTT. Sila semak senarai kawasan liputan DTT. Sekiranya kawasan anda tidak tersenarai, kawasan anda berada dalam liputan siaran DTH.

Bagaimana boleh saya menerima perkhidmatan DTH?

Sekiranya anda merupakan penerima Set Dekoder Percuma BSH dan menetap di luar kawasan liputan DTT, anda layak menerima set dekoder DTH dan pemasangan percuma oleh Pemasang Berdaftar kami.

myFreeview
Siaran Digital myFreeview?

myFreeview merupakan jenama perkhidmatan TV digital percuma Malaysia yang menawarkan saluran TV dan radio popular tanpa sebarang bayaran atau yuran langganan.

Bagaimanakah untuk mengakses?

Saluran myFreeview boleh dinikmati menggunakan TV baru dan lama dengan dekoder DVB-T2, atau televisyen berintegrasi digital (IDTV) yang disambung kepada aerial UHF. Untuk menyemak jika TV anda tersedia digital, mohon rujuk spesifikasi model TV berkenaan daripada manual pengguna atau laman web jenama TV tersebut.

Untuk pemasangan sendiri, rujuk Pemasangan.

Penonton juga boleh mengakses Siaran Digital myFreeview menggunakan perkhidmatan DTH

Di mana boleh saya membeli alat penerima yang sesuai?

Anda boleh membeli dan memasang peralatan yang sesuai daripada Wakil Penjual kami. Sila pastikan alat penerima tersebut disahkan oleh SIRIM, mempunyai label DTT/DTTV atau untuk set TV, ia harus dilengkapi penala digital (DVB-T2).

Berapakah saluran myFreeview yang ditawarkan?

myFreeview menawarkan 12 saluran TV - TV1, TV2, TV Okey, RTM HD Sports, RTM BES, TV3 HD, TV AlHijrah, ntv7, 8TV, TV9, Bernama News Channel (BNC), Channel W selain saluran radio Nasional FM, Klasik FM, Asyik FM, Traxx FM, Minnal FM dan Ai FM. Lebih banyak saluran akan ditambah kelak.

Perlukah saya membayar?

Siaran Digital myFreeview adalah percuma dan tidak melibatkan sebarang caj bulanan.

Pemasangan
Bagaimana untuk bertukar ke myFreeview?

Pertama sekali, semak jenis peralatan yang diperlukan dengan memastikan sama ada TV anda tersedia dengan penala digital.

Jika TV anda mempunyai penala digital, anda perlukan aerial UHF. Jika tidak, anda perlukan aerial UHF dan alat penerima (dekoder) DVB-T2.

Anda boleh membeli dekoder DVB-T2 atau IDTV yang sah menerusi Wakil Penjual kami.

Bagaimana untuk memasang?

Langkah pemasangan mudah boleh didapati di sini (jika anda sudah memasang aerial UHF). Sekiranya memerlukan bantuan teknikal, hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan MYTV di 1800-18-1088 atau hubungi Pemasang Berdaftar terdekat.

Adakah pemasangan alat dekoder DTT ini dikenakan bayaran?

Pengguna dekoder MYTV dinasihatkan untuk membuat pemasangan sendiri dengan merujuk kepada Panduan Pemasangan yang disertakan bersama set dekoder. Sekiranya anda memerlukan bantuan, anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV di 1800-18-1088 atau menghubungi Pemasang Berdaftar MYTV.

Terma & Syarat:
Caj pemasangan akan dikenakan seperti berikut;

  • - Perkhidmatan pemasangan aerial luaran akan dikenakan caj standard RM180.00. Caj ini termasuk untuk set aerial sahaja.
  • - Untuk perkhidmatan penyelenggaraan, setiap lawatan akan dikenakan caj minimum RM50.00.
  • - Jaminan/Waranti untuk pemasangan oleh kontraktor pihak ketiga sah untuk tempoh tujuh (7) hari sahaja. Anda dinasihatkan untuk menghubungi kontraktor berkenaan secara langsung sekiranya menghadapi sebarang masalah teknikal dalam tempoh waranti.
  • - Penggunaan perkhidmatan teknikal dan penyelenggaraan ini adalah atas risiko sendiri dan MYTV tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kerugian yang mungkin timbul dari penggunaan tersebut.


MAKLUMAN: Perkhidmatan teknikal untuk pemasangan dan penyelenggaraan ini disediakan oleh kontraktor pihak ketiga yang berdaftar dengan MYTV Broadcasting Sdn Bhd.

Bolehkah saya menggunakan alat kawalan jauh universal untuk dekoder dan TV saya?

Dekoder MYTV hanya boleh digunakan dengan alat kawalan jauh MYTV sahaja.

Bagaimanakah saya memilih aerial yang sesuai?

Aerial UHF luaran adalah pilihan yang terbaik. Bagaimanapun aerial UHF dalaman juga boleh digunakan sekiranya anda tinggal dalam lingkungan jarak lurus kurang dari 25km dari stesen pemancar. Anda disarankan untuk cuba menggunakan aerial dalaman ataupun luaran yang sedia ada terlebih dahulu. Sila rujuk Peta Liputan untuk mengenal pasti stesen pemancar terdekat di kawasan anda.

Bagaimana jika saya tinggal di bangunan bertingkat? an

Anda boleh menyambungkan terus TV digital atau dekoder DVB-T2 ke sistem MATV (Master Aerial TV System) sekiranya bangunan anda dilengkapi dengan sistem aerial digital berpusat. Sila hubungi pejabat pengurusan kediaman anda untuk mengesahkan kesesuaian sistem MATV sedia ada.

Bagaimana jika saya tinggal di rumah teres?

Aerial dalaman tidak perlu sekiranya anda sudah mempunyai aerial UHF luaran untuk menerima Siaran Digital myFreeview. Anda boleh menyambungkan TV digital atau dekoder terus kepada aerial UHF luaran tersebut. Untuk bantuan teknikal, dapatkan khidmat nasihat Pemasang Berdaftar kami.

Bagaimana jika saya memiliki atau menguruskan bangunan komersial?

Anda boleh menghubungi dan mendapatkan nasihat daripada Pemasang Berdaftar MYTV mengenai sistem Master Aerial TV (MATV) untuk memastikan kelancaran penerimaan siaran digital myFreeview.

Bagaimana untuk mengetahui frekuensi yang sesuai?

Anda digalakkan untuk membuat penalaan dekoder DVB-T2 atau IDTV anda secara automatik bagi mendapatkan siaran myFreeview. Anda juga boleh membuat penalaan secara manual dengan menyemak frekuensi yang sesuai di sini.

BSH
Apakah itu?

Bantuan Sara Hidup (BSH), dahulunya dikenali sebagai program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) merupakan inisiatif kerajaan bertujuan untuk meringankan bebanan isi rumah kumpulan Bawah 40 (B40). Dari sejumlah 4.1 juta penerima BSH, seramai 2 juta telah terpilih untuk menerima Set Dekoder Percuma.

Disebabkan kesukaran sesetengah kawasan menerima siaran analog dan DTT, sebahagian penerima telah dipilih untuk menerima alat penerima DTH disebabkan kesukaran menerima siaran analog dan DTT.

Bolehkah saya memohon?

Penerima Set Dekoder Percuma dipilih dari golongan senarai terbawah dalam senarai Bantuan Sara Hidup (BSH) sehingga March 2016 dan tidak boleh dipinda.

Adakah saya layak?

Semak kelayakan anda menerusi;
a. Laman web MYTV: www.mytvbroadcasting.my
b. Pusat Khidmat Pelanggan MYTV 1300 80 6988 atau 1800 18 1088

Jika layak,
- Anda akan menerima Surat Notifikasi.
- Set Dekoder Percuma dihantar oleh Pos Malaysia sebelum akhir Mac 2019.
- Sebaik menerima Set Dekoder Percuma, anda boleh memasang dan mengaktifkannya untuk menerima Siaran Digital myFreeview dengan PERCUMA.

Bolehkah Set Dekoder Percuma ini dipindah milik?

Set Dekoder Percuma BSH tidak boleh dipindah milik, tetapi anda boleh membenarkannya untuk digunakan di alamat yang berbeza dan berada dalam liputan siaran myFreeview. Bagaimanapun anda sebagai penerima adalah bertanggungjawab terhadap Set dekoder tersebut.

Terma & Syarat
PEMASANGAN
Adakah pemasangan alat dekoder ini dikenakan bayaran?

Pengguna dekoder MYTV dinasihatkan untuk membuat pemasangan sendiri dengan merujuk kepada Panduan Pemasangan yang disertakan bersama set dekoder. Sekiranya anda memerlukan bantuan, anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV di 1800-18-1088 atau menghubungi salah satu Pemasang Berdaftar MYTV. Perkhidmatan teknikal untuk pemasangan dan penyelenggaraan ini disediakan oleh kontraktor pihak ketiga yang berdaftar dengan MYTV Broadcasting Sdn Bhd.

Terma & Syarat:

Caj pemasangan akan dikenakan seperti berikut;
Perkhidmatan pemasangan aerial luaran akan dikenakan caj standard RM180.00. Caj ini termasuk untuk set aerial sahaja. Untuk perkhidmatan penyelenggaraan, setiap lawatan akan dikenakan caj minimum RM50.00. Jaminan/Waranti untuk pemasangan oleh kontraktor pihak ketiga sah untuk tempoh tujuh (7) hari sahaja. Anda dinasihatkan untuk menghubungi kontraktor berkenaan secara langsung sekiranya menghadapi sebarang masalah teknikal dalam tempoh waranti. Penggunaan perkhidmatan teknikal dan penyelenggaraan ini adalah atas risiko sendiri dan MYTV tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kerugian yang mungkin timbul dari penggunaan tersebut.

SYARAT DAN TERMA JAMINAN

Unit Dekoder (“Dekoder”) ini adalah dijamin oleh MYTV dari sebarang kerosakan bahan buatan dan pengilangan, selama dua belas (12) bulan dari tarikh pembelian. Kecuali untuk Unit Kawalan Jauh (“UKJ”), tempoh jaminan hanya selama tiga (3) bulan (secara kolektif dirujuk sebagai “Produk”)

Jaminan ini tidak termasuk sebarang kerosakan atau kecacatan berikutan dari kemalangan, silap pasang semula, salah guna, atau sebarang pengubahsuaian atau pertukaran yang tidak bertauliah.

Jaminan akan terbatal dan tidak sah sekiranya dalam tempoh jaminan, apa-apa bahagian dari Produk dikeluarkan, ditukar, diganggu, diselaraskan, diubahsuai, dibongkar, dibaikpulih atau dikendalikan dalam apa-apa cara oleh sesiapa yang tidak dibenarkan dan ditauliahkan oleh MYTV.

Pembeli hendaklah menyertakan Nombor Rujukan Kes dan Borang Pelanggan sebagai bukti asal pembelian bilamana khidmat selepas jualan diperlukan.

Tanggungjawab MYTV di bawah jaminan ini terhad kepada tukar ganti Dekoder dan UKJ yang rosak sahaja. MYTV tidak bertanggungjawab atas sebarang akibat langsung, kesan sampingan, atau kerosakan tidak langsung walau apa jua sebab sekalipun berikutan dari atau berhubung dengan kegunaan, ketidakboleh gunaan, prestasi Produk, termasuk tanpa had kepada kehilangan keuntungan, kehilangan perniagaan, atau kerosakan kepada harta benda lain disebabkan oleh kerosakan Produk.

Jaminan yang dinyatakan disini merupakan jaminan tunggal dan eksklusif berkaitan Produk, dan tiada sebarang jaminan atau pernyataan, sama ada secara lisan, bertulis, jelas, atau tersirat termasuk tanpa had kepada jaminan kualiti yang tersirat, kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu. Setakat mana apa-apa jaminan yang tertera di sini tidak boleh dikecualikan, jaminan tersebut hendaklah terhad kepada syarat-syarat jaminan dan tempoh jaminan yang diperuntukkan di sini.

POLISI PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

MYTV Broadcasting Sdn Bhd (“MYTV”) mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”) dan prihatin serta komited terhadap perlindungan dan privasi butiran peribadi anda. Untuk membolehkan kami menyediakan produk dan khidmat kami, dan beroperasi secara efisien dan berkesan, kami perlu mengumpul maklumat peribadi berkaitan daripada anda.

MYTV boleh mendedahkan data peribadi anda kepada sekutu kami atau pihak ketiga, yang terlibat dalam memberikan khidmat bagi pihak MYTV dan dengan berbuat demikian, MYTV akan mematuhi semua undang-undang berkaitan, peraturan-peraturan dan standard industri.

Dengan ini anda menerima dan bersetuju dan menerima bahawa dengan membuat pendaftaran dan/atau menggunakan produk dan khidmat secara berterusan, anda memberi kuasa dan kebenaran kepada MYTV untuk memproses data peribadi dan bilamana perlu, mendedahkan kepada pihak berkuasa Kerajaan berkaitan apabila terdapat keperluan undang-undang atau kelas pihak ketiga yang dikenalpasti oleh MYTV bagi tujuan MYTV memberikan khidmat dan produk kepada anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau aduan berkenaan pemerosesan data peribadi anda oleh MYTV, atau anda inginkan akses, dan/atau membetulkan dan menghadkan pemerosesan data anda dibawah undang-undang yang terpakai, anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV di talian 1800-18-1088.