Image

Tentang Kami

Latar Belakang

Projek
Projek Pendigitalan Penyiaran Nasional adalah sebahagian daripada agenda nasional untuk mentransformasikan industri penyiaran negara menerusi pendigitalan dengan sasaran untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat ke arah status negara maju menjelang 2020.
Syarikat
MYTV dilantik untuk membangun dan mengendalikan kemudahan infrastruktur dan jaringan perkhidmatan TV digital di Malaysia untuk menghijrahkan system penyiaran negara dari analog ke digital.
Manfaat kepada rakyat
TV digital percuma membantu merapatkan jurang digital, terutama di kawasan terpencil. Penonton Malaysia boleh menikmati manfaat seperti kualiti audio-visual terbaik, lebih banyak saluran TV, akses kepada EPG, sarikata pelbagai bahasa dengan tontonan TV dalam kualiti HD. Tidak lama lagi, penonton boleh akses kepada perkhidmatan TV interaktif seperti beli-belah di rumah, video dalam permintaan, langganan dan perkhidmatan internet terpilih.
Manfaat kepada industri
TV digital memberi kemudahan kepada lebih banyak kandungan dan aplikasi untuk penonton. Penyedia kandungan seperti penyiar TV tempatan akan memperoleh manfaat dengan peluang baru untuk mengembangkan capaian dan perniagaan. Menerusi TV digital, MYTV menawarkan platform berekuiti untuk membangunkan saluran perolehan baru kepada semua penyedia kandungan dan aplikasi.