Penutupan siaran analog (ASO) adalah proses penutupan perkhidmatan penyiaran televisyen terestrial analog percuma.
Peralihan digital merujuk kepada cara program anda disiar dan diterima dari rumah anda. Semua saluran Free-To-Air (FTA) kini akan menyiarkan kandungan mereka dalam kualiti digital sepenuhnya selepas peralihan analog kepada digital.
Siaran TV Digital merupakan perkhidmatan TV digital percuma Malaysia yang menawarkan saluran TV dan radio popular tanpa sebarang bayaran atau yuran langganan.
DVB-T2 bermaksud Penyiaran Video Digital – Terestrial Generasi Kedua. DVB-T2 diangkat sebagai piawaian industri di negara-negara utama sekitar Eropah dan Asia. Ia menawarkan kecekapan sistem, kestabilan dan fleksibiliti yang membolehkan penggunaan efisien spektrum terestrial bernilai untuk penyampaian audio, video dan perkhidmatan data kepada alat peranti tetap dan mudah alih.
Televisyen terestrial digital (DTTV atau DTT) adalah teknologi penyiaran TV di mana stesen pemancar bumi (terestrial) menyiarkan kandungan menerusi gelombang radio kepada TV di rumah anda dalam format digital.
Sila semak senarai kawasan liputan DTT terkini menerusi di sini. Sekiranya kawasan anda tidak tersenarai, ini bermakna kawasan anda berada dalam liputan siaran DTH. Penafian:
1. Ramalan adalah berdasarkan antena penerimaan di 10 meter di atas paras tanah dan data peta.
2. Kawasan titik buta yang diramalkan mungkin dapat menerima isyarat DTT pada tahap yang lebih tinggi di atas 10 meter.
Anda boleh membeli set dekoder anda daripada peniaga kami yang sah link atau melalui talian. Anda boleh menyemak liputan perkhidmatan DTT di sini
Perkhidmatan Direct-to-Home (DTH) adalah kaedah penerimaan TV digital menggunakan signal yang dipancarkan terus oleh satelit. Sekiranya sesebuah kawasan itu tidak diliputi DTT, DTH adalah kaedah alternatif untuk menerima Siaran TV Digital.
Penafian:
Kawasan tempat buta berdasarkan analisis perisian ramalan jangkauan, keputusan sebenar mungkin tidak sama dengan ramalan (tertakluk kepada faktor persekitaran dan geografi yang sebenar).
Titik buta disebabkan oleh kekangan atau halangan bangunan bertingkat tinggi tidak disenaraikan.
Sila semak senarai kawasan liputan di sini.
Pertama sekali, semak liputan siaran kawasan anda. Jika anda menetap di kawasan DTH, pastikan jenis peralatan yang diperlukan. Anda boleh membeli decoder DTH beserta dengan alat penerima luaran yang sah menerusi Wakil Penjual kami.
Set Dekoder Percuma B40 tidak boleh dipindah milik, tetapi anda boleh membenarkannya untuk digunakan di alamat yang berbeza dan berada dalam liputan siaran TV digital. Bagaimanapun anda sebagai penerima adalah bertanggungjawab terhadap Set dekoder tersebut.
Penerima tidak dibenarkan menukar pemasangan alamat kerana ia telah didaftarkan di dalam sistem. Sekiranya perlu, penerima dinasihatkan untuk menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan untuk sebarang perubahan. Pihak MYTV tidak bertanggungjawab di atas setiap bayaran tambahan yang dikenakan oleh pemasang berdaftar untuk sebarang perubahan oleh penerima.
Pengaktifan akan dilakukan apabila pemasangan set dekoder (dengan ODU) oleh pemasang di alamat berdaftar untuk pemasangan pertama. Sekiranya berlaku perubahan alamat selepas pemasangan pertama, penerima perlu menghubungi Pusat Pelanggan sebelum sebarang kerja dijalankan. Kos untuk sebarang pindaan / pengubahan / pengaktifan berikutnya ke tempat baru akan dikenakan kepada penerima. MYTV tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerosakan pada alat penerima luaran.
Siaran TV Digital merupakan perkhidmatan TV digital percuma Malaysia yang menawarkan saluran TV dan radio popular tanpa sebarang bayaran atau yuran langganan.
Saluran TV digital boleh dinikmati menggunakan TV baru dan lama dengan dekoder DVB-T2, atau televisyen berintegrasi digital (IDTV) yang disambung kepada aerial UHF. Untuk menyemak jika TV anda tersedia digital, mohon rujuk spesifikasi model TV berkenaan daripada manual pengguna atau laman web jenama TV tersebut.
Untuk pemasangan sendiri, rujuk Pemasangan.
Penonton juga boleh mengakses Siaran TV Digital menggunakan perkhidmatan DTH
Anda boleh membeli dan memasang peralatan yang sesuai daripada Wakil Penjual kami. Sila pastikan alat penerima tersebut disahkan oleh SIRIM, mempunyai label DTT/DTTV atau untuk set TV, ia harus dilengkapi penala digital (DVB-T2).
Saluran TV | Nombor |
TV1 (HD) | 101 |
TV2 (HD) | 102 |
TV3 (HD) | 103 |
Wow Shop (Melayu) | 104 |
Wow Shop | 106 |
NTV7 | 107 |
8TV | 108 |
TV9 | 109 |
TV Okey (HD) | 110 |
Sukan RTM (HD) | 111 |
Awesome TV (HD) | 112 |
TV6 | 113 |
TV Al-Hijrah (HD) | 114 |
SUKETV | 116 |
Astro Go Shop | 120 |
Bernama News Channel | 121 |
TVS (HD) | 122 |
Berita Semasa RTM | 123 |
Saluran Radio | Nombor |
Nasional FM | 701 |
Traxx FM | 702 |
Minnal FM | 703 |
Ai FM | 704 |
Klasik FM | 705 |
Asyik FM | 706 |
Sabah FM | 707 |
Sabah VFM | 708 |
Sarawak FM | 709 |
Wai FM | 710 |
Lebih banyak saluran yang akan ditambah dari masa ke semasa.
Siaran TV Digital MyTV adalah percuma dan tidak melibatkan sebarang caj bulanan.
Pertama sekali, semak jenis peralatan yang diperlukan dengan memastikan sama ada TV anda tersedia dengan penala digital.
Jika TV anda mempunyai penala digital, anda perlukan aerial UHF. Jika tidak, anda perlukan aerial UHF dan alat penerima (dekoder) DVB-T2.
Anda boleh membeli dekoder DVB-T2 atau IDTV yang sah menerusi Wakil Penjual kami.
Langkah pemasangan mudah boleh didapati di sini (jika anda sudah memasang aerial UHF). Sekiranya memerlukan bantuan teknikal, hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan MYTV di 1300-80-6988 atau hubungi Pemasang Berdaftar terdekat.
Pengguna dekoder MYTV dinasihatkan untuk membuat pemasangan sendiri dengan merujuk kepada Panduan Pemasangan yang disertakan bersama set dekoder. Sekiranya anda memerlukan bantuan, anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV di 1300-80-6988 atau menghubungi Pemasang Berdaftar MYTV.
Terma & Syarat:
Caj pemasangan akan dikenakan seperti berikut;
- - Perkhidmatan pemasangan aerial luaran akan dikenakan caj standard RM180.00. Caj ini termasuk untuk set aerial sahaja.
- - Untuk perkhidmatan penyelenggaraan, setiap lawatan akan dikenakan caj minimum RM50.00.
- - Jaminan/Waranti untuk pemasangan oleh kontraktor pihak ketiga sah untuk tempoh tujuh (7) hari sahaja. Anda dinasihatkan untuk menghubungi kontraktor berkenaan secara langsung sekiranya menghadapi sebarang masalah teknikal dalam tempoh waranti.
- - Penggunaan perkhidmatan teknikal dan penyelenggaraan ini adalah atas risiko sendiri dan MYTV tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kerugian yang mungkin timbul dari penggunaan tersebut.
MAKLUMAN: Perkhidmatan teknikal untuk pemasangan dan penyelenggaraan ini disediakan oleh kontraktor pihak ketiga yang berdaftar dengan MYTV Broadcasting Sdn Bhd.
Dekoder MYTV hanya boleh digunakan dengan alat kawalan jauh MYTV sahaja.
Aerial UHF luaran adalah pilihan yang terbaik. Bagaimanapun aerial UHF dalaman juga boleh digunakan sekiranya anda tinggal dalam lingkungan jarak lurus kurang dari 25km dari stesen pemancar. Anda disarankan untuk cuba menggunakan aerial dalaman ataupun luaran yang sedia ada terlebih dahulu. Sila rujuk Peta Liputan untuk mengenal pasti stesen pemancar terdekat di kawasan anda.
Anda boleh menyambungkan terus TV digital atau dekoder DVB-T2 ke sistem MATV (Master Aerial TV System) sekiranya bangunan anda dilengkapi dengan sistem aerial digital berpusat. Sila hubungi pejabat pengurusan kediaman anda untuk mengesahkan kesesuaian sistem MATV sedia ada.
Aerial dalaman tidak perlu sekiranya anda sudah mempunyai aerial UHF luaran untuk menerima Siaran TV Digital. Anda boleh menyambungkan TV digital atau dekoder terus kepada aerial UHF luaran tersebut. Untuk bantuan teknikal, dapatkan khidmat nasihat Pemasang Berdaftar kami.
Anda boleh menghubungi dan mendapatkan nasihat daripada Pemasang Berdaftar MYTV mengenai sistem Master Aerial TV (MATV) untuk memastikan kelancaran penerimaan siaran TV digital.
Anda digalakkan untuk membuat penalaan dekoder DVB-T2 atau IDTV anda secara automatik bagi mendapatkan siaran TV digital. Anda juga boleh membuat penalaan secara manual dengan menyemak frekuensi yang sesuai di sini.
Program ini merupakan inisiatif kerajaan bertujuan untuk meringankan bebanan isi rumah kumpulan Bawah 40 (B40).
Seramai 2 juta penerima telah terpilih dari senarai B40 yang telah disaring untuk menerima Set Dekoder Percuma.
Penerima Set Dekoder Percuma dipilih dari senarai B40 yang telah disaring sehingga Mac 2016 dan tidak boleh dipinda.
Set Dekoder Percuma B40 tidak boleh dipindah milik, tetapi anda boleh membenarkannya untuk digunakan di alamat yang berbeza dan berada dalam liputan siaran TV digital. Bagaimanapun anda sebagai penerima adalah bertanggungjawab terhadap Set Dekoder Percuma tersebut.
Proses mengemaskini dan penghantaran dekoder telah tamat. Anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami untuk bantuan lanjut sekiranya perlu.
Program ini merupakan inisiatif kerajaan bertujuan untuk meringankan bebanan isi rumah golongan OKU.Penerima yang terpilih adalah di kalangan mereka yang telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan mempunyai kad OKU yang sah.
Penerima Set Dekoder Percuma dipilih dari senarai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang telah disaring dan tidak boleh dipinda.
Penerima yang layak adalah di kalangan mereka yang telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan mempunyai kad OKU yang sah.
Adakah pemasangan alat dekoder ini dikenakan bayaran?
Pengguna dekoder MYTV dinasihatkan untuk membuat pemasangan sendiri dengan merujuk kepada Panduan Pemasangan yang disertakan bersama set dekoder. Sekiranya anda memerlukan bantuan, anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV di 1300-80-6988 atau menghubungi salah satu Pemasang Berdaftar MYTV. Perkhidmatan teknikal untuk pemasangan dan penyelenggaraan ini disediakan oleh kontraktor pihak ketiga yang berdaftar dengan MYTV Broadcasting Sdn Bhd.
Caj pemasangan akan dikenakan seperti berikut;
Perkhidmatan pemasangan aerial luaran akan dikenakan caj standard RM180.00. Caj ini termasuk untuk set aerial sahaja. Untuk perkhidmatan penyelenggaraan, setiap lawatan akan dikenakan caj minimum RM50.00. Jaminan/Waranti untuk pemasangan oleh kontraktor pihak ketiga sah untuk tempoh tujuh (7) hari sahaja. Anda dinasihatkan untuk menghubungi kontraktor berkenaan secara langsung sekiranya menghadapi sebarang masalah teknikal dalam tempoh waranti. Penggunaan perkhidmatan teknikal dan penyelenggaraan ini adalah atas risiko sendiri dan MYTV tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kerugian yang mungkin timbul dari penggunaan tersebut.
Unit Dekoder (“Dekoder”) ini adalah dijamin oleh MYTV dari sebarang kerosakan bahan buatan dan pengilangan, selama dua belas (12) bulan dari tarikh pembelian. Kecuali untuk Unit Kawalan Jauh (“UKJ”), tempoh jaminan hanya selama tiga (3) bulan (secara kolektif dirujuk sebagai “Produk”)
Jaminan ini tidak termasuk sebarang kerosakan atau kecacatan berikutan dari kemalangan, silap pasang semula, salah guna, atau sebarang pengubahsuaian atau pertukaran yang tidak bertauliah.
Jaminan akan terbatal dan tidak sah sekiranya dalam tempoh jaminan, apa-apa bahagian dari Produk dikeluarkan, ditukar, diganggu, diselaraskan, diubahsuai, dibongkar, dibaikpulih atau dikendalikan dalam apa-apa cara oleh sesiapa yang tidak dibenarkan dan ditauliahkan oleh MYTV.
Pembeli hendaklah menyertakan Nombor Rujukan Kes dan Borang Pelanggan sebagai bukti asal pembelian bilamana khidmat selepas jualan diperlukan.
Tanggungjawab MYTV di bawah jaminan ini terhad kepada tukar ganti Dekoder dan UKJ yang rosak sahaja. MYTV tidak bertanggungjawab atas sebarang akibat langsung, kesan sampingan, atau kerosakan tidak langsung walau apa jua sebab sekalipun berikutan dari atau berhubung dengan kegunaan, ketidakboleh gunaan, prestasi Produk, termasuk tanpa had kepada kehilangan keuntungan, kehilangan perniagaan, atau kerosakan kepada harta benda lain disebabkan oleh kerosakan Produk.
Jaminan yang dinyatakan disini merupakan jaminan tunggal dan eksklusif berkaitan Produk, dan tiada sebarang jaminan atau pernyataan, sama ada secara lisan, bertulis, jelas, atau tersirat termasuk tanpa had kepada jaminan kualiti yang tersirat, kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu. Setakat mana apa-apa jaminan yang tertera di sini tidak boleh dikecualikan, jaminan tersebut hendaklah terhad kepada syarat-syarat jaminan dan tempoh jaminan yang diperuntukkan di sini.
MYTV Broadcasting Sdn Bhd (“MYTV”) mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”) dan prihatin serta komited terhadap perlindungan dan privasi butiran peribadi anda. Untuk membolehkan kami menyediakan produk dan khidmat kami, dan beroperasi secara efisien dan berkesan, kami perlu mengumpul maklumat peribadi berkaitan daripada anda.
MYTV boleh mendedahkan data peribadi anda kepada sekutu kami atau pihak ketiga, yang terlibat dalam memberikan khidmat bagi pihak MYTV dan dengan berbuat demikian, MYTV akan mematuhi semua undang-undang berkaitan, peraturan-peraturan dan piawaian industri.
Dengan ini anda menerima dan bersetuju dan menerima bahawa dengan membuat pendaftaran dan/atau menggunakan produk dan khidmat secara berterusan, anda memberi kuasa dan kebenaran kepada MYTV untuk memproses data peribadi dan bilamana perlu, mendedahkan kepada pihak berkuasa Kerajaan berkaitan apabila terdapat keperluan undang-undang atau kelas pihak ketiga yang dikenalpasti oleh MYTV bagi tujuan MYTV memberikan khidmat dan produk kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau aduan berkenaan pemerosesan data peribadi anda oleh MYTV, atau anda inginkan akses, dan/atau membetulkan dan menghadkan pemerosesan data anda di bawah undang-undang yang terpakai, anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV di talian 1300-80-6988.
Penyusunan frekuensi ini adalah sejajar dengan perancangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyediakan frekuensi menerusi jalur 700 MHz bagi kegunaan perkhidmatan jalur lebar atau 5G. Proses ini melibatkan perubahan satu atau dua frekuensi sedia ada dari setiap stesen pemancar yang terlibat.
Kerja–kerja penyusunan semula frekuensi siaran TV digital akan dilakukan secara berperingkat sehingga suku pertama tahun 2020. Hanya 23 daripada 44 stesen pemancar DTT yang terlibat di dalam proses ini. Rujuk di sini untuk maklumat berkaitan dengan senarai penyiar yang terlibat
Siaran TV digital dihantar melalui 2 frekuensi dari setiap stesen pemancar. Untuk menerima Siaran TV Digital, dekoder DVB-T2 atau TV digital MESTI menerima isyarat pemancaran digital dari stesen pemancar yang berhampiran melalui aerial UHF yang dipasang dengan betul. Penalaan ini boleh dibuat secara automatik atau manual. Talaan secara automatik akan dapat menerima kesemua saluran TV digital. Namun begitu, sekiranya talaan dibuat secara manual, pengguna hendaklah membuat dua kali penalaan untuk menerima frekuensi tersebut. Sila rujuk maklumat frekuensi di sini
Ikuti panduan umum penalaan semula dekoder DVB-T2 atau IDTV anda di sini. Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV di talian 1300-80-6988 untuk bantuan lanjut.