Image

Polisi Anti Rasuah dan Korupsi

Polisi Anti Rasuah dan Korupsi

MYTV Broadcasting Sdn Bhd, merupakan anak syarikat Altel Holdings, komited untuk memartabatkan tahap intergriti, ketulusan dalam tadbir urus niaga dan operasinya. Nilai teras dan komitmen kami kepada rakan niaga dengan mewujudkan persekitaran yang bebas dari  segala bentuk rasuah dan korupsi.

Kakitangan MYTV dilarang sama sekali meminta, menerima atau memberi sebarang bentuk suapan kepada pihak luar kerana ini mungkin meletakkan kakitangan MYTV dalam kedudukan konflik secara keseluruhan dalam urusan atau berpotensi urusan dalam perniagaan dengan MYTV Broadcasting Sdn Bhd.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik untuk muat turun Polisi Anti Rasuah dan Korupsi kami

 

Pemberi Maklumat 

MYTV Broadcasting sangat komited di dalam menerapkan konsep keterbukaan dan ketelusan untuk mencapai standard integriti dan akauntabiliti. Kami sangat mengalu-alukan anda untuk melaporan dan memberi maklumat mengenai apa-apa perkara yang berkaitan dengan rasuah dan korupsi termasuk ketidakpatuhan atau kes disyaki rasuah dan korupsi tanpa risau akan kesannya.

Semua pendedahan dan identiti pemberi maklumat  akan dilindungi, dirahsiakan dan dijamin  daripada tindakan balas dalam segala bentuk apa pun, dengan syarat laporan itu dibuat dengan niat yang baik. 

Sebarang pendedahan boleh dibuat melalui pautan berikut Borang Pendaftaran Pemberi Maklumat

 

Hubungi Kami

Untuk maklumat lanjut, hubungi Jabatan Penguatkuasaan di talian +603 8313 6988 atau e-mel kepada compliance@altel.my