Malaysia kini beralih sepenuhnya kepada siaran TV digital. Transformasi ini memberikan perkhidmatan penyiaran TV dan radio dengan siaran yang lebih jelas dan audio yang lebih baik tanpa sebarang bayaran bulanan.
Untuk mendapatkan siaran digital, anda memerlukan dekoder DVB-T2 atau TV digital (IDTV) yang dilengkapi dengan penala digital (digital tuner).
Set TV lama memerlukan dekoder DVB-T2 untuk menonton Siaran TV Digital sekiranya ia dilengkapi input AV/HDMI.
Jenis aerial yang boleh menerima Siaran TV Digital:
Pilihan terbaik kerana boleh menerima isyarat dengan stabil sekiranya dihala tepat ke arah pemancar berhampiran. Penggunaan alat “booster” tidak disarankan kerana boleh menggangu penerimaan Siaran TV Digital.
Aerial dalaman boleh menerima isyarat daripada pemancar terdekat, bagaimanapun sukar menerima siaran sekiranya terdapat halangan fizikal seperti gunung, bukit, hutan dan bangunan tinggi.
Sila rujuk Manual Panduan Pemasangan Set Dekoder DVB-T2 untuk arahan terpinci.
Gunakan kabel HDMI untuk TV jenis IDTV